Tips Emorra : Produk Pemutihan Wajah

Peringatan dari para pakar tentang produk-produk pemutih yang terdapat di pasaran :

Emorra adalah selamat dengan kesan pencerahan secara perlahan-lahan kerana ia tidak menggunakan bahan kimia..
  • Produk pemutih yang bertindak dengan pantas

Secara amnya, produk-produk ini mengandungi agen pengelupas kulit yang bertindak dengan menanggalkan lapisan atas kulit dengan serta-merta agar kulit tampak putih berseri. namun begitu, ia juga akan merosakkan dan menipiskan lapisan keratin kulit, seterusnya menyebabkan kulit menjadi sensetif. 

Apabila struktur kulit terjejas, ia akan berubah menjadi lebih gelap dengan pigmentasi yang kembali berulang dan kedutan yang semakin bertambah. Ini lazimnya terjadi akibat pengumpulan bahan-bahan berbahaya dalam produk-produk pemutih tersebut pada kulit dan sistem saraf, contohnya bahan-bahan kimia seperti plumbum, raksa dan sebagainya yang bertindak dengan merencatkan penghasilan melanin untuk sementara waktu sahaja bagi memutihkan kulit. namun dengan penggunaan yang kerap dan berterusan, bahan-bahan berbahaya ini akan memudaratkan kesihatan dan juga mengakibatkan penuaan pramatang. Dalam kes yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan kanser kulit.
  • Rawatan pembaharuan semula kulit denagn AHA 

Rawatan pembaharuan semula kulit denagn AHA berupaya menghilangkan pigmentasi pada lapisan epidermis untuk mencerahkan kulit. Namun, ia tidak berkesan untuk pigmenatsi yang terletak pada lapisan kulit yang lebih dalam (lapisan basal) atau lapisan dermis kulit. Selain itu, asid hidroksi alfa berkepekatan tinggi juga akan merosakkan lapisan permukaan kulit, mengurangkan ketahanan kulit dengan ketara dan menyebabkan kulit mengalami penyahhidratan yang serius. Akibatnya, kulit menjadi lebih sensetif serta bertompok-tompok dan proses penuaan semakin menular.

  • Pemutihan dan penghapusan tompok dengan suntikan

Pemutihan dan penghapusan tompok-tompok dengan suntikan adalah salah satu kaedah untuk mencantikan dan menghilangkan tompok-tompok yang sangat popular di peringkat antarabangsa dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya di Jepun dan Korea. Walaubagaimanapun, ia sangat mahal dan suntikan perlu dilakukan berulangkali setiap tahun dan biasanya menelan belanja antara RM10,000 hingga RM100,000 ke atas. Walaupun ia memberikan kesan yang menakjubkan dengan menambahkan semula khasiat yang diperlukan oleh tubuh, ia juga berupaya menghalang fungsi-fungsi pemulihan semulajadi tubuh. Proses penuaan menjadi lebih pantas sebaik sahaja rawatan ini diberhentikan.

  • Laser Fototerapi

Laser Fototerapi boleh mengurangkan melanin pada permukaan atau lapisan kulit yang lebih dalam atau mengelakkan melanin daripada meresap ke permukaan atas kulit untuk mencerahkan dan menghilangkan tompok-tompok. Walau bagaimanapun, ia tidak akan mengatasi masalah sebenarnya yang menjejaskan fungsi tubuh dan ia juga tidak dapat menghentikan penghasilan dan peresapan melanin dalam lapisan bawah kulit. Oleh itu, laser fototerapi perlu dijalankan untuk jangka masa  yang panjang kerana tompok-tompok itu akan muncul semula sebaik sahaja rawatan dihentikan.


Tapi, jangan risau. Emorra set wajah dapat membantu masalah di muka anda. Set ini berfungsi sebagai rejim pencerahan semulajadi yang membantu memudarkan kesan jerawat, jeragat sekaligus merawat dan menghilangkan pigmentasi serta menyamaratakan tona kulit. Ianya juga memperbaiki sel-sel kulit dan membantu mengecilkan liang pori-pori muka.

Anti bakteria dan anti fungus. Emorra Skincare juga menbantu menegang, sebagai anti oksida dan melembapkan serta meremajakan kulit muka.

Ok, saya syorkan anda cuba produk skincare Emorra ni. Nak tahu keberkesanan kena cuba.