Cara Rawat Masaalah Eyebag

Eyebag merungsingkan bagi wanita. Saya sendiri ada eyebag tetapi saya ada tips dan petua sendiri. Nak tau cara mudah untuk hilangkan eyebag atau kantung mata? Tapi sebelum tu, tahukah anda apakah punca eyebag seringkali terjadi? Menurut kajian, masalah ini terjadi bila anda tak mendapat tidur yg cukup dan berkualiti. Bila keadaan ini berterusan, wajah akan menjadi pucat dan muncullah eyebag. So, pastikan lepas ni anda cukup rehat dan tidur ye!


Cara hilangkan eye bag adalah seperti di bawah.

Selain itu, ada cara mudah untuk hilangkan eyebag ni. Antaranya:

1) Uncang Teh

Setelah membancuh teh, jangan buang uncangnya. Letakkan uncang teh itu pada mata dan biarkan selama 25-30 minit. Sementara ia merawat, anda hanya perlu berehat atau tidur sahaja.

2) Timun

Ramai yg sedar dan akui betapa bagusnya timun pada mata. Untuk hilangkan eyebag, letakkan 2 potong hirisan timun segar pada mata selama 25 minit. Bukan hanya hilangkan eyebag, timun juga bagus untuk merawat radang pada kelopak mata.

3) Kentang

Selain timun, kentang juga bagus untuk kurangkan eyebag. Potong nipis kentang dan letakkan pada bahagian mata. Biarkan 15-20 minit sebelum diangkat.

4) Susu

Boleh juga gunakan susu sekiranya cara di atas tak berjaya. Caranya celupkan kapas ke dalam susu dan letakkan di kelopak mata. Biarkan selama 20-30 minit. Insyaallah masalah eyebag akan berkurangan.

5) Putih Telur

Sapukan sedikit putih telur pada bahagian mata. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Cara ini bukan saja merawat eyebag, namun akan buatkan mata semakin segar.

6) Air kosong

Amalan minum air kosong yg banyak juga membantu kurangkan eyebag atau kantung mata. 1 atau 2 jam sebelum tidur, anda digalakkan minum air kosong. Kekerapan membuang air kecil akan mengurangkan penyimpanan air di bawah mata dan mengelakkan berlakunya eyebag.

Jangan risau, Emorra Glow C dapat membantu anda kelihatan segar dan mata yang sihat. Tanpa eyebag lagi jika tak cukup tidur. Jum cuba Emorra Glow C sekarang. Klik untuk info.